Welcome to Azam und Liza's blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Sunday, September 20, 2009

Lebaran di Germany


We enjoyed our cooking , still ada nasi minyak dan kurma untuk santapan. Siapa cakap raya di luar negara tak boleh makan sedap2..Raya di mana2 pun sama je, cuma erti Hari Raya sebenarnya ialah berkumpul bersama mereka yang tersayang, dan seronoknya tengok suasana kampung.

Ingatkan nak jalan2 ke Frankfurt raya di Embassy , tapi disebabkan raya Ahad so better not, sebab esok dah ada aktiviti di Universiti, takpa lah still gor plenty of time to venture that. Hariana and family raya di Bingen, dan mereka bercuti sehingga Isnin baru balik.

Kebetulan semalam, tuan rumah bagi buah plum, banyak sangat. Mereka petik belakang umah je. So we all takut sangat plum tu busuk sebab takan termakan, we had an idea to transform the plum to marmalade. Letak sedikit gula, kayu manis dan bunga cengkih...taaadaaaa not bad. Boleh jimat tak payah beli jam. Makan dengan butter and jem ni memang mantaplah. So bolehlah..suddenly we realize that we do things that we never did back in Malaysia. Its awesome!!!

Buka puasa di Rumah Rakan Se Universiti Isteri


Inilah satu2nyer warga Malaysia yang menetap dan juga pelajar Master di sini... depa semua dah lama dah di sini dan Al-hamdulillah pada se hari sebelum Hari Raya Aidilfitri nie.. depa ajak kitaorang berbuka puasa bersama-sama di rumah depa kat Wallrabenstein Feldgasse..

Kebetulan semalam hari Sabtu .. kat sini kalau hari Sabtu dan Ahad memang kene book kenderaan awam... maknanya wife saya kene call untuk booking kenderaan ke mana2 aje la... tu la... kalau di pikir2 kiter memang bertuah dok kat Malaysia dari kat German niee... ye la.. nak gie mana2 waktu weekend berlambak bas (cuma tak ontime ajer la) ... dan LRT pun ader.. sini hampeh.. gak.. hehhe...

Lagi foto rumah baru


Haa... nie lagi gambo rumah baru dan tuan rumah sangat berbesar hati nak bagi buah plum yang di tanam kat laman rumah dia jer... banyak jugak buah plum yang di beri... adalah dalam satu bekas sederhana.. jenuh nak menghabiskan nyer... almaklum la.. buah plum nie.. masam ader manis pun ader.. so.. kenela.. pilih yg dah dekat nak masak...

Rumah Baru Kami



Yesss.. setelah beberapa hari menetap di Holiday Flat di Idstein, kitaorang berpindah ker rumah baru kami di Worsdorf.. jarak nya dari Idstein adalah dalam 4km.. kalau jalan kaki hari2 memang la.. boleh kuruih.. di buatnyerr.. Rumah baru nie jenis flat... kat sini memang banyak flat yang di diami oleh student... itu pun mahal wooo.. dalam Euro 450 sebulan (itulah yang paling murah kat Idstein, ni pun dah berapa kali nego) ... kire sendiri la.. yer dalam matawang RM.... Kalau dari Idstein atau University boleh naik bas no 225 atau 226..

Tuan rumah nie memang baik betull.... macam mak dan ayah angkat... bayangkan sofa, almari dan katil tu kitaorang beli kat luar dari Worsdorf di mana jaraknya lebih kurang 20km dan diaorang drive ke sana untuk beli perabot tu... Dah la.. bawak kitaorang ke sana.. siap tolong pasangkan lagi... Mr Kempf (Tuan rumah) nie asalnya seorang tukang kayu.. so.. bab2 pasang memasang nie dia memang expert... tapi... bayangkan dah laa flat kitaorang nie 2 tingkat dan kitaorang menginap kat tingkat 2 nak mengangkat perabot2 tu ke atas jenuh jugak dibuatnyer.. dan almaklumla.. bulan puasa lak tu.... dahaga tak ingat tahan jer la.. sampai buka puasa..Tuan rumah suruh we all buka (minum air kosong)..........Alhamdulilah Iman masih kukuh dan apa sangatlah puasa di cuaca yang sejuk macam Germany ni, walaupun berpuasa lebih 14 jam. So no hal punya....

Semua barang yang we all beli adalah second hand kaufhaus. We all dapat sofa, bed frame, study table and almari semuanya dalam Euro 230 (dalam RM1000)..percaya atau tidak???dan conditionnya masih baik dan cantik. Berbaloi sangat membeli.

Pengalaman Pertama Naik Bas



Haaa.. ini dia setelah beberapa hari di Idstein, tibalah masanya kami berdikari sendiri.. pengalaman pertama iaitu jalan kaki ke kedai Islam iaitu Selam Market berdekatan pasaraya KIK. Di KIK kitaorang beli la.. sedikit barangan dan berjalan balik ke BusBahnhof untuk ambil bas ke rumah baru di Worsdorf....

Quite an exciting experience living in Idstein. Yang paling liza suka sekali because its possible to walk (kalau nak)...sebab boleh lah kurus sikit. Nampak macam jauh nak jalan but with chill weather, i think its a really worth walking. Kalau di Malaysia, memang bercinta kalau nak jalan, naik kereta pun mengeluh sebab cuaca panas. Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa..

Sunday, September 13, 2009

Aktiviti Di Idstein



Ni lagi gambar2 menarik sepanjang jalan2 di Idstein bersama Prof Helen. Its chill, windy and drizzling ..........sejuk sangat. belum winter lagi. Kalau winter....we wonder how?

Holiday Flat... 50 Euro Per Night

Inilah tempat penginapan kami di pekan Idstein iaitu di Holiday Flat... semalam harganyer.. 50 Euro.

Ini hanya untuk sementara waktu sahaja... kitaorang dah pun melawat flat yang bakal kami duduki iaitu di Worsdorf... cantik juga..

So.. kalau sesiapa nak ke Idstein aku memang recommend dok kat holiday flat niee.. haa.. kat Speicher ni... kemudahan semuanya lengkap.. ada dapur (tak pakai gas tau.. pakai letrik.. kelas gitu), sofa, katil semuanya ader... lebih kurang macam hotel 5 star la.. hehhe.. Ok la disamping itu makanan yang menjadi menu utama di sini ialah roti (brot)... macam2 roti adaaa.....
Posted by Picasa

Penginapan dan Wakil Universiti


Gambor ni di ambil lepas sampai ke pekan Idstein... Wakil dari Universiti (Willtrud) yang ambil we all kat Airport Frankfurt Main. Walaupun namanya holiday 'flat' tapi... semalam 50 Euro... takpela.. hanya untuk 4 hari jer tinggal sementara kitaorg punye rumah sewa dah ready.. dalam 15hb niee.. Oh yee.. highway yg korang tgk ni.. tu la.. Autobahn.. memang takde speed limit untuk certain tempat... dioarang nie memang bawak kereta macam tak iingat dunie.. ala maklum la.. keter semuanya best belaka... VW..Audi... BMW ... merc.. keter Hyundai dan Swift pun ader.. agaak... tak berani la.. kawe nak bawok.. hehee

Oh yer.. Suasana sana memang windy .. suhu dalam 14 darjah celcius dan ke bawah.. kalau kene tiup angin lagi la.. sejuk... tapi lum tahap beku la.. tak lama lagi la.. hehhe.. Wife azam tengah bergambar di depan Universiti dia (the main one) ... sini kereta semuanya best2 belaka.. VW dan BMW banyak... bestnyer kalau ader banyak duit... Rumah wakil universiti i pun memang sangat cantik dan di belakang laman pulak siap tanam Pokok Epal.. bayangkan.. kalau nak makan Epal.. pergi jer kat belakang rumah.. haa.. petik la.. sebakul pun takper.. dah boleh makan dah...

Holiday flat nie ok sangat.. semua facilities ader.. sofa, tempat memasak dan lain2 lagi... emm.. masa sampai ker sana.. wakil Uni... terus bawa kitaorg gie shopping barangan dapur untuk 4 hari nie.. sebab di sini hari ahad.. kedai semua tutup (Ahad they all ni pergi church ).. kalau yg buka pun hanya untuk sejam dua ajer.... Yang paling best sekali bila u all tengok roti2 dia, luar keras, dalam isinya lembut sangat. They come in variety of sizesssssssssssss.............sangat cantik dan geram bila tengok roti2 masa bulan puasa. But for muslims as usual ask them about ingredients...yang lain2 mungkin biasa seperti flour, raising agent, egg, butter... but mungkin dia letak sedikit wine/ alcohol.

Nanti aku upload lagi banyak gambar dalam blog nie.. Tschüß
Posted by Picasa

Saturday, September 12, 2009

Bermulanya satu Perjalanan ke Idstein, Germany

Posted by Picasa
Perjalanan ke Frankfurt dari KLIA memang memenatkan tapi.. berbaloi-baloi... makan tak berhenti-henti dan sedap... Aku dan wife salute kat pilot sebab dalam perjalanan memang kapal terbang (Boeing 777) bergegar la.. terutamanya melalui kawasan pergunungan dan lautan Andaman... tapi.. semuanya berjalan lancar dan tiada masalah... ini semua berkat doa ibu dan ayah.. serta rakan-rakan di Malaysia... Kitaorang miss u all sooo much!!!

Banyak betul.. beg yang didalam nya terkandung makanan dan rempah ratus.. plus beras.. tau... tapi.. alhamdulillah.. biler sampai jer Airport Frankfurt.. semuanya ok.. lepas.. takde pun anjing pengesan ker atau Kastam sana kacau.. best giler... perjalanan ambil masa 12 jam... nie ader la.. jet leg..... rasa mengantuk sangat...

Anyway.. tatapla.. gambar-gambar sebelum dan selepas berlepas ke Frankfurt...

Thursday, September 10, 2009

German Class Photos

 
Posted by Picasa

Mari Belajar Bahasa German

Memang menyeronokkan pada hari pertama belajar bahasa German sehinggalah last day we all... Cikgu kami, Mr Frank (native speaker from Germany) amat mahir dalam mengajar bahasa German di samping itu dia nie memang kelakar habis (kalau ngajar...siap dengan gaya2 dialah sampai we all terfikir yang dia ni ex actor kat Germany ka..hahahah)

Dengan gaya dia mengajar tak kering gusi dibuatnya dan sangat baik hati... Pada hari pertama dapatla belajar sepatah dua perkataan yang begitu asing buat kami.. seperti Guten Tag!, Guten Morgen, Wie Gehts..... sehr gut....lalalalal dan banyak lagi.... But now, okaylah setakat nak baca sign age dan tengok waktu, pesan makanan (walaupun tak akan pesan punya), beli barang, tengok harga, baca packaging kat makanan...bolehlah sikit2 heheheh. Bak kata cikgu we all nie, our speaking is okay and tak nampak weird sangat. But nama pun org Malaysia, mana boleh sebut macam org Germany...melampaulah tu kan!


Visas ready











Ni nak citer pasal visa lah....dokumen dan prosedurnya sangat birokrasi. Sebenarnya banyak perkara yang tidak dinyatakan dalam checklist seperti perlu ada rental contract dan insurance policy. But we were lucky enough to have guidance from lovely Hariana dan Prof Helen (my prof in Germany)....so everything went just right and perfect. So at the end of Julai 2009.............we finally got our visas and it took only 3 weeks from the date we submitted the application (unbelievably fast....normally boleh sampai 2-3 bulan).

So those yang berangan sangat nak study kat Germany so pleaselah see tips below:


i. Tolonglah get your documents(seperti birth cert anak2, marriage cert and etc) legalised di Wisma Putra (Min. of Foreign Affair)
ii. Lepas legalised , barulah gie buat translation
iii.dapatkan document for rental contract
iv. dapatkan document for insurance policy (mungkin tak boleh dapat lagi policy, but correspondence dengan insurance company will be good enough)
v. Kalau husband with none degree / master/phd holder, kena ada bukti belajar bahasa atau lulus level A1 German langguage.kalau nak belajar bahasa, yang diiktiraf untuk this purpose cuma di Goethe Institute je ye...dan harga nya boleh tahan lah. Kalau ada degree/ master/ phd.....exempted. nak belajar boleh, taknak belajar pun suka hati. tapi we all belajar lah.....tapi di Language House sahaja sebab suka2 saja. Itu pun harga dia dah cecah RM4k...hanya untuk 24 hours. Hanya boleh cakap sepatah2...dah kira baguslah tu. hahahah
So guys take a look at our visas!